Hangat Beb!

Friday 29 June 2012

Wayne Rooney Ke LA Selepas Kalah



Penyerang kebangsaan England, Wayne Rooney telah dipercayai terbang ke LA setelah negaranya tewas penalti kepada Itali. Wayne Rooney amat kecewa setelah negarannya tewas lalu pergi bercuti ke LA bersama isterinya.

Wayne Rooney dikatakan bersama isterinya pergi ke restoran Steakhouse di Holywood malam tadi menaiki teksi sahaja. Wayne Rooney yang dianggarkan memperoleh USD14 juta setahun itu, tidak mempunyai limosin ataupun jet peribadi.

Tom Cruise Bercerai Disebabkan Agama



Tom Cruise dan Katie Holmes telah bercerai baru-baru ini. Alasan penceraian itu difailkan oleh Katie Holmes adalah disebabkan oleh agama yang dianuti Tom Cruise. Katie Holmes dipercayai tidak selesa dan tidak setuju dengan kepercayaan bekas suaminya itu. Agama yang dianuti oleh Tom Cruise adalah Scientology.

Scientology merupakan agama yang diasaskan oleh L. Ron Hubbard pada tahun 1953 itu mempercai sains semata-mata. Antara teori agama Scientology yang paling kontroversi ialah mempercai manusia tinggal di planet lain sebelum berhijrah ke bumi.