Hangat Beb!: Allah Menciptakan Alam Semesta Penuh Keunikan

Friday 22 June 2012

Allah Menciptakan Alam Semesta Penuh Keunikan


Bintang Jatuh

Kita selalu diajar bahawa tahi bintang sebenarnya adalah meteor. Hakikat sebenarnya ialah, tahi bintang wujud tapi 1 dalam 100 juta. Ianya dikenali sebagai Hypervelocity Stars.

Lubang Hitam

Apabila Mawi AF mengeluarkan "The World", yang disamakan dengan kuasa lemah dalam manga Penjelajah Jojo, Hakikatnya, Lubang Hitam lebih hebat lagi. Jika ada artis yang nak mengeluarkan tagline lepas ni, Black Hole boleh digunapakai. Lubang hitam ini menyedut apa sahaja malahan cahaya sekalipun. Mungkinkah ini adalah pemusnah alam semesta sebenar?

Magnetars

Ianya adalah kesan graviti daripada bintang mati yang tidak terkawal. Bayagkan medan magnet tersebut berselerak bagaikan menggila. Harap sangat Silver Surfer tak datang dekat. tak pasal-pasal melekat.

Neutrinos

Pernah tak korang membaca komik Dewata Raya karya Tony Wong? Pernah dengar kuasa yang dikenali sebagai kekosongan? Neutrinos boleh dikatakan kekosongan. Ianya wujud tapi macam tak wujud. terlalu kecil namun tidak boleh dikesan oleh mana-mana mikroskop. Ianya adalah debu yang wujud diangkasa tapi seolah-olah kosong.

Dark Matter

Dalam drama Breaking Bad, kita selalu dengar akan perkataan Dark Matter. Malahan dalam Discovery atau cabang sains yang lebih dalam, Dark Matter amat terkenal. Dark Matter adalah satu ikatan antara semua benda yang wujud dalam angkasa. Kita tak melihatnya tapi ianya wujud dan menghubungkan bintang-bintang, planet-palanet dan sebagainya.