Hangat Beb!: Lawak Ingin Bercerai

Friday 15 June 2012

Lawak Ingin Bercerai


laman-seri.blogspot.com

Pada suatu hari, seorang suami cuba menceraikan isterinya yang dikahwini selama 15 tahun di dalam mahkamah. Hakim yang bertugas memerintahkan agar si suami memberikan sebab. Si suami berkata:

"Isteri saya suka cari gaduh. Kadang-kadang sampai ketahap tidak masuk akal, dia mengigit belakang badan saya hingga berdarah."

Hakim meminta agar si suami menunjukkan kesan gigitan di belakangnya. Si suami pun membuka pakaiannya dan kelihatanlah kesan gigitan yang agak teruk. Si suami juga menangis teresak-esak dengan kecederaaan yang dimiliki.

Hakim yang bertugas berkata,

"Kecederaan tersebut adalah satu kecederaan yang amat teruk dan menjadi bukti bahawa kes ini adalah benar-benar berlaku. Baiklah. Kes penceraian ini akan mengambil masa sebulan untuk diluluskan. Oleh demikian, kedua-dua pihak diminta untuk datang sebulan kemudian dan saya akan meluluskan penceraian ini."

Oleh kerana mereka belum lagi bercerai, suami isteri tadi kekal tinggal sebumbung. Hari kedua, si isteri meminta maaf kepada si suami malahan memasakkan makanan yang sedap untuknya. Si suami pula menjadi sejuk hati lalu tidak sanggup untuk menceraikan isterinya. Hari kelima, si suami isteri datang ke pejabat hakim.

"Tuan hakim, saya tidak ingin lagi bercerai dengan isteri saya."

Hakim yang mendengar keadaan ini berkata,

"Maaf. Saya dapati kecederaan yang dialami oleh awak itu amat teruk. Saya tidak ingin perkara sama berulang lagi."

"Tidak tuan hakim. Kecederaan ini bukanlah disebabkan oleh isteri saya melainkan diri saya sendiri."

Hakim yang mendengar terkejut,

"Bagaimana mungkin awak mengigit belakang badan awak sendiri?!"

Si suami berkata,

"Boleh tuan hakim."

"Baiklah. Jika awak boleh tunjukkan bagaimana awak boleh mengigit belakang badan awak sendiri, saya akan batalkan permohonan penceraian ini."

Si suami, dengan perlahan-lahan membuka mulutnya lalu mengeluarkan gigi palsunya. Dia mendekatkannya dibelakang lalu

Ktap!

Permohonan penceraian mereka pun dibatalkan. Lol.