Hangat Beb!: Layari Internet Dengan Selamat

Friday 15 June 2012

Layari Internet Dengan Selamat


Peredaran zaman membezakan trend dahulu dan sekarang. Jika dahulu, remaja bermain di padang bola ketika petang. Kini, mereka bermain bola di dalam komputer pula. Banyak lagi benda baru seperti network sosial seperti Facebook, Twitter dan sebagainya. Banyak kes-kes jenayah melibatkan kesan identiti internet ini. Bagaimana untuk mengelakkannya?

- Bila online, pastikan korang TIDAK mendedahkan nama sebenar, alamat rumah, no. telefon dan sebagainya kepada orang tidak dikenali.

- JANGAN sembarangan membuka email yang tidak dihantar oelh kawan korang.

- JANGAN memberikan apa-apa maklumat peribadi kepada sesiapapun tanpa menyiasat terlebih dahulu

- JANGAN berkongsi password, username dan sebagainya melibatkan perbankan internet dan sebagainya

- Sekiranya ingin meletakkan gambar di internet, JANGAN dedahkan alamat rumah, no. telefon dan sebagainya. JANGAN letak gambar tidak sepatutnya kerana ia boleh dicuri.

- Jika ada sesiapa yang cuba untuk meminta anda memberikan gambar tak senonoh, memberi anda mesej tak senonoh, sila beritahu kepada ibubapa anda

- Gunakan setting untuk keselamatan kanak-kanak semasa online seperti filter dan sebagainya.