Hangat Beb!: Artis Malaysia Disahkan Berkhalwat

Friday 15 June 2012

Artis Malaysia Disahkan Berkhalwat


Twitter Astro Awani telah mengesahkan bahawa pelakon, Razak Ahmad bersalah atas dakwaan berkhalwat.
Pelakon ini telah didakwa berkhalwat dengan Selamah Sahudin, 45 tahun pada pukul 2.15 pagi bertarikh 1 April 2006 di sebuah rumah berlokasi di Apartmen Blok A, Taman Serdang Perdana. Pendakwaan terhadapnya dibuat empat bulan selepas itu iaitu pada 27 Julai 2006.
Semasa dicekup oleh pasukan penguatkuasa JAIS dan anggota polis, wanita berstatus isteri orang ini membuka pintu rumah dengan berpakaian lengkap manakala Razak pula didapati sedang tidur dalam keadaan separuh bogel.
Sebelum itu, pintu dan jeriji rumah yang berkunci terpaksa diketuk oleh pasukan penguatkuasa selama beberapa minit sehingga dibuka oleh Selamah.

Razak Ahmad telah dijatuhkan hukuman RM2900 atau setahun penjara.