Hangat Beb!: Mengatasi Kemurungan Dengan Membuat Roti

Tuesday 19 June 2012

Mengatasi Kemurungan Dengan Membuat Roti


Emma Stone, pelakon filem berjaya dengan filem-filem yang mendapat pencalonan Oscar, filem menarik akan datang seperti "Amazing Spiderman" dan sudah tentu filem "Easy A" mendedahkan bahawa dia mengatasi masalah panik dengan komedi dan juga membuat (membakar) roti.

Emma Stone, teman wanita kepada Andrew Garfield ini mengatakan bahawa dia mengawal rasa cemas dengan memikirkan komedi serta melakukan komedi. Pelakon yang selalu berlakon di dalam filem komedi ini, nampaknya tidak mempunyai masalah untuk melakukan aksi komedi kerana itu adalah bakatnya sejak kecil.

Emma yang berumur 23 tahun juga mendedahkan bahawa dia mengalami masalah panik atau cemas sejak berumur 8 tahun dan terus mengalaminya hingga kini.