Hangat Beb!: Siapa Yang Ingin Menjadi Jutawan??

Friday 15 June 2012

Siapa Yang Ingin Menjadi Jutawan??


Seorang gadis berambut perang menyertai pertandingan Who Wants To Be A Millionaire

Jalaluddin Hassan : "Jenny, awak melakukannya dengan sangat baik - RM500 000 dan satu lagi talian hayat tinggal - menelefon sahabat.

Soalan seterusnya akan memberikan awak wang berjumlah Satu Juta Ringgit jika awak menjawab dengan betul... Tapi... Jika awak salah, awak akan kembali kepada nilai wang RM 32 000. Awak sudah sedia?

Jenny : "Ya. Saya bersedia."

Jalaluddin Hassan : "Yang manakah antara burung-burung berikut yang tidak membuat sarangnya sendiri?"

A - Helang
B - Pipit
C - Belatuk
D - Enggang

Ingat Jenny, ini adalah soalan bernilai RM 1,000 000."


Jenny : Saya rasa saya tahu tapi saya tak yakin 100%...

Tak, saya langsung tak ada idea. Saya nak hubungi sahabat saya, untuk kepastian."

Jalaluddin Hassan : "Baiklah, siapa yang awak nak hubungi Jenny?"

Jenny : "Saya nak hubungi sahabat saya Frances di Johor."

(telefon berdering)

Frances (juga berambut perang) : "Hello..."

Jalaluddin Hassan : "Hello Frances, ini Jalaluddin Hassan daripada rancangan Who Wants To Be A Millionaire - Saya ada Jenny kat sini dan dia telah berjaya dengan cemerlang ketahap RM500,000, tapi kini memerlukan pertolongan awak untuk menjadikannya 1 Juta.

Bunyi seterusnya yang awak dengar adalah daripada Jenny dan dia akan bacakan awak soalannya.

Terdapat 4 pilihan jawapan dan 1 adalah jawapan yang tepat dan awak ada 30 saat untuk menjawab - Silakan Jenny."

Jenny : "Fran, yang manakah antara burung-burung berikut yang tidak membuat sarangnya sendiri?"

A - Helang
B - Pipit
C - Belatuk
D - Enggang

Frances : "Jenny, itu amat mudah.... Jawapannya belatuk. Burung Belatuk."

Jenny : "Awak pasti?"

Frances : "Pasti."

Jenny : Terima kasih Fran. (meletakkan ganggang)

Jalaluddin Hassan : "Jadi, Jenny awak nak berhenti dengan RM 500,000 atau bermain untuk mendapatkan RM 1 Juta?"

Jenny : "Saya nak teruskan dan jawapan saya C-Burung Belatuk."

"Adakah itu jawapan muktamad awak?"

Jenny : "Ya. Itu jawapan muktamad saya."

Jalaluddin Hassan : "Awak pasti?"

Jenny : "Ya. Frances amat yakin dengan jawapan tersebut."

Jalaluddin Hassan : "Jenny... awak ada RM 500, 000 dan awak menjawab C-Burung Belatuk... Hmm.. Awak betul! - Awak baru saja memenangi SATU JUTA RINGGIT!

Ini cek awak. Awak adalah peserta yang sangat hebat dan pakar pertaruhan sebenar. Penonton, berikan tepukan gemuruh untuk Jenny."

(tepuk tangan)

Malamnya, Jenny menelefon Frances dan mengajaknya untuk keluar minum bagi meraikan kejayaannya. Selepas meneguk airnya, Jenny berpaling kepada Frances lalu bertanya, "Beritahu saya Fran, Bagaimana awak tahu Burung Belatuk tak buat sarangnya sendiri?"

Frances : "Jenny, Jenny... Semua orang tahu Burung Belatuk tinggal di dalam jam."