Hangat Beb!: Berita Kes Justin Bieber

Tuesday 19 June 2012

Berita Kes Justin Bieber






Kisah Justin Bieber memukul jurukameera diserahkan kepada pendakwa raya pada hari ini. Sumber penguatkuasa undang-undang memberitahu, Pejabat Peguam Daerah LA County kini mengkaji semula kes itu dan akan menentukan sama ada Justin Bieber akan didakwa atas kejadian 27 Mei itu.

Berdasarkan laporan, Justin Bieber terlibat dalam pertengakaran itu ketika dia ingin meninggalkan Calabasas Commons bersama teman wanitanya, Selena Gomez. Jurugambar tersebut menghubungi polis, tetapi Justin dan Selena telah meninggalkan tempat kejadian.

Berdasarkan maklumat, Timbalan Sheriff LA County cuba menghubungi Justin untuk membincangkan kejadian itu, tetapi tidak pernah berbincang dengan Justin sehingga kini. Justin berada di luar Amerika beberapa minggu untuk promosi album.